-------

SELAMAT DATANG KE BLOG IKLAN PERCUMA --> sila klik sini untuk info **pelaburan**

IKLAN PERCUMA

MASUKKAN BLOG ATAU URL ANDA DISINI .
ShoutMix chat widget

PENDAFTARAN EMAIL KE 100 AKAN MENERIMA TOP UP RM10.CEPAT PENDAFTARAN MASIH DIBUKA.

DAFTAR EMAIL ANDA DISINI UNTUK MENDAPAT IKLAN TERKINI

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Turki larang pesawat Israel guna ruang udara

aku rasa berita ni la yang di tunggu2 oleh kita semua umat islam seluruh dunia.AL-HAMDULILLAH,Turki dah mula buat sekatan udara kat Israel.padan muka LAKNATULLAH tu,ini sebagai permulaan bagi semua pemimpin2 dunia untuk buka mata dan telinga, harap ada lagi langkah drastik bagi membendung kezaliman israel ni,aku harap lepas ni Malaysia pulak buat sekatan udara dan pelabuhan .insyaALLAH.


ANKARA: Turki semalam melarang tentera Israel menggunakan ruang udara negaranya selepas kejadian kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang komando negara itu yang mengorbankan sembilan orang, bulan lalu.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan selepas wujud tekanan supaya kedua-dua negara melihat semula hubungan yang pernah terjalin sebelum ini.


Dalam serangan komando Israel ke atas kapal misi Gaza itu, lapan yang maut adalah warga Turki dan seorang lagi memiliki dua kerakyatan iaitu Turki dan Amerika Syarikat.

mereka (Israel) memohon keizinan Poland untuk menggunakan ruang udaranya pada hari pertama selepas kejadian serangan 31 Mei lalu.
"Bagaimanapun, mereka (Israel) tidak diberi kebenaran," kata Erdogan kepada pemberita selepas pulang daripada menghadiri Sidang Kemuncak G-20 di Kanada.

Sementara itu, agensi berita The Anatolia yang memetik Erdogan di Toronto selepas tamat sidang kemuncak itu bahawa negaranya sudah menutup ruang udaranya kepada Israel. - AFP

sumber berita harian online.

bagi sikit komen kat bawah ni atas perkara ni.apa pendapat korang semua....

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?

Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.


Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan
pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat
membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan
untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.



Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.



Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
  • Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.
  • Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab
  • Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.
  • Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.
  • Jika anda merokok, walaupun tak kuat, ambil lebih vitamin dan mineral terutamanya vitamin C.

Bahaya Radiasi Telefon Bimbit

Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.

-Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet).
-Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak.
-Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.

Soalan-soalan Lazim:

Apakah itu E.M.R?
E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi.

Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?
Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.
  
Adakah telefon bimbit membahayakan?
Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.

Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah  16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'
Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'
Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
(Sumber dari BBC News)



Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik
Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.
(Sumber dari CNN, Dis 2008)



Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan
Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
(Sumber dari 'The Total Sweden News in English')



Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda
Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
(Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)


Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak
Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.
(Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden | Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)


Lindungi Kesihatan Diri dan Insan Tersayang Anda

Kini, terdapat alat teknologi canggih dari Jepun yang dicipta daripada bahan seramik yang berupaya mengeluarkan Tenaga Skalar, Sinaran Inframerah dan Ion Negatif yang boleh menghapus dan meneutralkan kesan buruk gelombang elektromagnet bagi melindungi anda dan keluarga tersayang daripada ancaman sinaran telefon bimbit.

aku rasa korang boleh beli barang tu kat sini.ok ke tak ,cubalah dulu.


 

Jangan pandang remeh sakit perut

TAHUKAH anda sakit perut yang berpanjangan boleh membawa maut sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan segera? Selalunya, masyarakat hari ini beranggapan mereka menghadapi keracunan makanan atau tersalah makan sekiranya mengalami sakit perut.


Sedangkan antara tanda-tanda keracunan makanan ini ialah ia hanya akan muncul dalam masa dua hingga 24 jam selepas makan.

Ia juga bergantung kepada tahap keracunan dan mereka yang mengalaminya mungkin juga akan mengalami demam dan seram sejuk, najis berdarah serta penyahhidratan.

Keracunan makanan berlaku apabila keradangan perut atau usus yang disebabkan oleh pengambilan makanan tercemar.

Menurut Pakar Perubatan dan Gastroenterologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, kesakitan pada bahagian perut atau abdomen boleh berpunca daripada pelbagai keadaan yang memberi kesan kepada pelbagai organ.

Bahagian abdomen adalah terdiri daripada bahagian bawah tulang rusuk, tulang pelvik ke bawah serta kedua-dua sisi badan.

Biarpun kesakitan pada bahagian abdomen boleh datang daripada tisu di dinding yang mengelilingi rongga abdomen, sakit di bahagian ini selalunya digunakan untuk menerangkan kesakitan yang berasal dari dalam rongga abdomen.

*‘‘Sekiranya tersalah makan, biasanya anda akan alami cirit-birit atau sakit perut pada awal pagi, sekitar pukul 3 atau 4 dan ia mengambil masa lapan jam selepas makan untuk mengalami tanda-tanda tersebut.

*‘‘Kebiasaannya anda tidak akan terus mendapat cirit-birit kerana jenis bakteria dan virus yang ada boleh menyebabkan kita muntah-muntah dahulu, iaitu kurang daripada dua hingga tiga jam selepas makan.

*‘‘Sekiranya anda keracunan makanan, ia akan mengambil satu hingga dua hari untuk baik tetapi kalau ia berpanjangan dan melebihi satu hingga dua minggu, kita kena buat siasatan dan tengok kenapa ada masalah cirit-birit yang berpanjangan,’’ ujarnya ketika ditemui di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Tambah beliau, sekiranya jangkitan ataupun kesakitan masih belum reda ia pasti mempunyai masalah lain seperti sama ada disebabkan oleh masalah metabolik yang menyebabkan cirit-birit, mahupun masalah penyakit radang usus yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit yang berpanjangan disertai pendarahan ataupun kuman di usus oleh parasit seperti ameba yang boleh menyebabkan masalah cirit-birit serta kejadian nanah di hati.

Jelas beliau lagi, bagi penyakit gastrik pula, sekiranya ia merupakan ulser yang memudaratkan, ia perlu dibedah segera.

Pesakit juga dinasihatkan menjalani pemeriksaan endoskopi (OGDS) ataupun pemeriksaan segera jika keadaan dilihat membahayakan kesihatan dan nyawa.
Beliau turut memaklumkan kemungkinan berlakunya gastrik (dispepsia) dengan ulser atau tanpa ulser, mahupun kanser yang berpunca dari aktiviti bakteria helicobacter pylori yang berada di dalam perut dalam jangka masa yang lama, tanpa disedari.

‘‘Jangan ambil mudah terhadap gastrik kerana gastrik juga boleh memudaratkan dan juga boleh membawa maut,’’ katanya.

Untuk itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menganggap sakit perut satu penyakit yang remeh dan diminta berjumpa dengan doktor pada kadar yang segera.
Menurut Dr. Abdul Malik lagi, sekiranya sakit perut yang dihadapi tidak beransur pulih, eloklah sekiranya dirujuk kepada pakar bedah untuk langkah seterusnya.

‘‘Kesakitan pada bahagian abdomen yang kerap mestilah dirujuk kepada pakar perubatan. Ini membolehkan doktor membuat pemeriksaan ke atas perut dan tempat-tempat yang berkenaan untuk mengenal pasti punca serta jenis penyakit yang dihadapi.

‘‘Perlu diingatkan, banyak perkara boleh menyebabkan sakit perut ini termasuklah nanah di dalam perut,’’ tambah beliau.

Anda juga dinasihatkan agar mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat, diet yang berkhasiat serta makanan yang seimbang yang boleh membantu mencegah atau mengurangkan keasidan gastrik, sembelit serta masalah penghadaman lain.

Ini sekali gus memelihara perut anda daripada terkena pelbagai jangkitan kuman serta virus yang tidak diingini.

MAKAN TAPI KEKAL LANGSING

Bagaimana dengan makan kita boleh terus kekal langsing ?
Ikuti tip-tip di bawah:-

1-Makan dengan kerap. 
-Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak nanti.awas yer.

2-Rendah kalori, rendah lemak. 
-Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

3.Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan. 
-Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

4.Waktu terbaik untuk minum air. 
-Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :-

*Pagi selepas bangun dari tidur.
-Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein untuk memulakan hari.

*30 minit sebelum waktu makan.
-Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

*Sepanjang hari.
-Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) sekurang-kurangnya 240 ml air setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

ok,aku harap korang dapatlah menjaga kesihatan sewajarnya.ingat!!waktu sihat sebelum sakit.selamat beramal.


 

Saat Paling melucukan.

jom tengok.tak nak tengok korang kena tengok gak..detik2 melucukan.senyum sikit la geng jangan muka ketat pulak .ha macam tu la.baru la hensem / cun...





Limousine collection

KERETA KEGEMARAN MAK AKU.
*sapa yang tak tau tentang kereta limusin ni,aku rasa semua dah tau.limusin ni adalah salah satu kereta paling  mewah yang ada kat pasaran.

*biasanya digunakan  oleh ahli-ahli perniagaan ataupun untuk membawa pengantin bagi golongan atasan,orang2 kaya la kan.kalau mcm aku ni naik kereta kancil pun dah kira ok dah.

*aku memang minat dengan kereta-kereta limusin ni.cuma tak mampu nak beli,apa boleh buat.dapat tengok gambar pun dah syukur la tu.korang tengok sendiri la ruang dalam nya ,memang cukup-cukup mewah.kalau masuk confirm tak nak keluar punya.


ni pulak antara koleksi-koleksi limusin yang ada.pilihlah korang nak yang jenis mana.lepas tu beli kat kedai mamak tempat korang....






kereta untuk di pandu uji

Kereta Polis Italy -Lamborghini Gallardo
kereta ni berharga lebih kurang usd $180,000 - $210,000.bagi aku kereta ni agak mahal kalau nak di guna pakai kat sini...bukan apa korang tengok je la gambar ni.

                          1-suka nampak ,baru dapat kereta mahal,tak sabar nak menggayakan la tu.

          2-memang bergaya la ,kalau polis guna kereta ni .dah rasa macam kereta sendiri.lupa diri la pulak.

                                                3-sisi tepi belakang lagi cun.sporty.

                                        4-ruang dalam,nampak macam biasa.

                     5-so,masa nya untuk test drive, On your mark! Get Ready, Set , Go!


                                          6-vroooommmmmmm  vrooommmmmmmmm

                               7-awasssssss,kelajuan overdosss

8-kan aku dah cakap,over xcited bawak kereta baru.kan dah berlaga.tak pasal-pasal mpv tu naik atas.baik punya cilok..


          9-agaknya apa la yang dikutip dengan polis tu yer...cari duit syiling kot




 kesimpulannya ,jangan memandu terlalu laju,kalau nak cilok tu cari la tempat yg sesuai macam kat padang sekolah ke,kandang kuda ker,dan banyak lagi tempat nak uji kelajuan ni.selamat memandu.

tips menjadi jurugambar professional.

jika anda ingin menjadi seorang photographer yang professional anda mesti kreatif dan berani membuat aksi-aksi yang luarbiasa.jika anda ada salah satu sikap atau sifat seperti gambar-gambar yang ada ni.TAHNIAH !!!!saya ucapkan.

sesungguhnya anda memang layak untuk menjadi seorang photographer yang berjaya suatu hari nanti.


















so,cuba-cubalah untuk jadi macam mereka .buatlah apa sahaja sedaya upaya anda.usaha tangga kejayaan.selamat beramal.

BMW MOTORSPORT

BMW MOTORSPORT


mari kita tengok video ni,motor menggunakan tayar berpaku utk bergerak diatas ais..menarik gak aku tengok..sebab kalau tayar biasa dah lama tergolek dog(anjing) rider tu..

kereta tengelam di dasar batu

lain kali bawak kereta tu pelan2 sikit kan dah tengelam kat situ,sapa nak tolong kalau dah jadi macamtu..lu tengok je la sampai kereta tu timbul balik.....

berita gempar

afrika- berita gempar ketika perlawanan berlangsung malam tadi ,tiba2 padang bola di stadium tersebut tiba2 naik ke atas,ini membuatkan semua pemain2 dan penonton terkejut dengan kejadian tersebut.jadi perlawanan terpaksa ditunda ke stadium shah alam malam ini....
sekadar hiburan.

Info Terkini Wawwi Matrix Blogwalking Marketing

info untuk dikongsikan bersama bagi meningkatkan traffic blog masing2.info ni penting utk para bloggers.

Apa Sebenarnya Wawwi Matrix Blogwalking Widget ni?
widget ni berfungsi sebagai widget untuk link exchange, dan widget untuk memudahkan blogwalking, yang mana konsepnya Blogwalking sambil mengumpul point. Dan link exchange ni juga diperluaskan ke semua jaringan network bawah kita.

*jangan risau wawwi widget ni tidak menyalahi undang2 nuffnang,sbb widget ni berfungsi secara manual bukan auto.... so,tunggu apa lagi.daftar dan start blogwalking guna link2 yg ada kat widget tu...


Macam Mana Nak Pasang Widget Ni?

wawwiform
Isi borang yang anda jumpa pada widget tersebut. Borang ni hanya visible pada blogger yang masih belum mendaftar. Visitor akan nampak form ni, tapi bukan tuan punya blog.

REF = Downline kita pada level 1.
Jumlah REF depend on account kita.

LV = Upline kita.






DAFTAR SEKARANG ..WIDGET ADA KAT SEBELAH ATAS..JGN MALU2...KITA MULA DARI SEKARANG.....

The fastest Car in the World

Bugatti Veyron 16.4



-Bugatti Veryron ,kereta terpantas dunia abad ini.kereta berkelajuan tinggi diatas jalanraya .memiliki 1001 kuasa kuda(h/p).menggunakan kuasa enjin veyron dengan 16 silinder.serta mengabungkan dua enjin v8 dalam satu engkol.

-W16 POWERPLANT ini menggantikan 8.0 liter dan sepuluh ciri radiator untuk segalanya dari mesin pendingin untuk sistem pendingin hawa.

-enjin veyron berharga $ 1.4juta ini akan mencapai kelajuan tertinggi 253 mph .kelajuan dapat bertahankan selama 12 minit sebelum semua bahan bakar itu hilang. kuasa dihantar ke trotoar melalui four-wheel-drive dan tujuh kelajuan dual-kopling automatik transmisi manual.

-bugatti veyron dapat mencapai 60 mph hanya dalam 2.5 saat, 100 mph dalam 5.5 saat, dan 150 bsj dalam 9,8 saat. sehingga 200 bsj memerlukan 18.3 saat, dan 250 mph memerlukan 42.3 saat.

-kunci khas diperlukan untuk "membuka" top speed veyron's 250 + mph. kereta tersebut kemudian menurun menjadi hanya 3.5 inci dari tanah. Sebuah spoiler hidrolik meluas dengan kelajuan, dan juga dapat berfungsi sebagai brek udara.

-berat sekitar 4.160 lbs.

Kereta Pelik

Top 10 kereta termahal di dunia

                                               #1. Bugatti Veyron 16.4
Country of Origin: France
Price: $1,192,057 (RM 4,168,228)
The Veyron uses a 16-cylinder, 1001-hp motor.
With
its notorious production delays finally over, Bugatti's Veyron is now
on sale in Europe--and the company wants to bring it to the U.S.


                              #2. Pagani Zonda Roadster F C12S 7.3, Clubsport version
Country of Origin: Italy
Price: $667,321 (RM 2,669.284)
Pagani is a boutique automaker that builds radical-looking race cars. This version of its Zonda flagship has 650 hp
This expensive new model has helped the Zonda remain in second place on our list, where it ended up last year.


                                               #3. SSC Ultimate Aero
Country of Origin: U.S.
Price: $654,500 (RM 2,618,000)
The
most expensive American car is also the fastest. Automaker SSC
estimates this vehicle is capable of hitting 260 to 273 mph on the
track.
The Ultimate Aero uses a 1,046-hp V-8.


                                               #4. Leblanc Mirabeau
Country of Origin: Switzerland
Price: $645,084 (RM 2,580,336)
Leblanc
is ramping up production of its new Mirabeau supercar. The company
hopes to make the vehicle street-legal for the U.S. by the end of 2006
or early 2007.
The Mirabeau is a mid-engine race car that can put out over 700 hp.


                                               #5. Saleen S7 Twin Turbo
 Country of Origin: U.S.
Price: $637,723 (RM 2,550,892)
Saleen's
S7 Twin Turbo has fallen to fifth place from first last year, because
all four nameplates ahead of it in this year's ranking are new. But the
S7 remains one of the more recognizable (that's a relative term here)
models on the list.
The S7 uses a 750-hp V-8. It can accelerate from zero to 60 mph in under three seconds.


                                              #6. Koenigsegg CCR
Country of Origin: Sweden
Price: $545,568 (RM 2,182,278)
Koenigsegg's CCR uses an 806-hp V-8.
At the recent Geneva Motor Show, Koenigsegg unveiled the CCX, a derivative of its CC family that is street-legal for the U.S.


                                              #7. Mercedes-Benz SLR McLaren
Country of Origin: Germany
Price: $452,750 (RM 1,811,000)
A
mainstay on our lists of the world's fastest and most expensive cars,
the delightful SLR McLaren is about as comfortable and sophisticated as
a street-legal race car can be.
The SLR is a collaboration between Mercedes and legendary British race car builder McLaren.


                                              #8. Maybach 62
Country of Origin: Germany
Price: $448,153 (RM 1,792,612)
Maybach's
62 ultra-luxury sedan is made by Mercedes-Benz, which has shocked us by
proving that a car that is this expensive to build can turn a profit.
While
the European-spec Maybach 62 is more expensive than the European SLR
McLaren, the U.S. version of the SLR is more expensive than any Maybach.
 

                                               #9. Porsche Carrera GT
Country of Origin: Germany
Price: $440,000 (RM 1,760,000)
Some
automotive publications claim Porsche has stopped selling its Carrera
GT supercar. But at press time, Porsche confirmed that its $440,000
flagship convertible is still available in the U.S.
The Carrera GT uses a ten-cylinder engine--a type of power plant that is rarely seen outside of racing.


                                                #10. Maybach 57 S
Country of Origin: Germany
Price: $430,355 (RM 1,721,420)
Maybach's new model, the 57 S, is designed to be a sportier alternative to its other cars, the 57 and 62.
The 57 S has more power than the 57 or 62, 604 hp versus 543.
Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget