-------

SELAMAT DATANG KE BLOG IKLAN PERCUMA --> sila klik sini untuk info **pelaburan**

IKLAN PERCUMA

MASUKKAN BLOG ATAU URL ANDA DISINI .
ShoutMix chat widget

PENDAFTARAN EMAIL KE 100 AKAN MENERIMA TOP UP RM10.CEPAT PENDAFTARAN MASIH DIBUKA.

DAFTAR EMAIL ANDA DISINI UNTUK MENDAPAT IKLAN TERKINI

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

BUAT DUIT DENGAN NEOBUX

Jana $$$$ Dengan Neobux
Click Per Ads : $0.01
Refferal Click : $0.005-0.01
Cashout : $2.00
Payment : Pay Pal / Alert Pay / Neteller

Neobux adalah satu Program PTC dimana anda akan dibayar dengan setiap klik pada iklan yang diberi oleh Neobux. Setiap klik yang anda lakukan, anda akan menerima $ 0.01 dan dengan setiap refferal anda klik anda akan terima $0.005-0.01. Pembayaran dilakukan setelah anda mencapai $2.00 melalui Paypal @ Alert PaY @ Neteller.

Cara Pendaftaran
klik banner dibawah
 
  • Setelah laman Neobux terpapar, klik pada REGISTER
  • Lengkapkan maklumat yang diminta
  • Bagi sesiapa yang tidak mempunyai akaun Paypal @ Alert Pay, anda boleh letakkan email anda dahulu. 
  • Kemudian, lihat / log in ke email anda dan aktifkan akaun Neobux anda.
  • Akaun anda telah aktif dan anda boleh Log In ke Ruangan Ahli (LOG IN)

Cara 'Earning Money' 
  • Log In ke ruangan ahli ( Masukkan username, password dan verification code)
  • Klik pada View Advertisements
  • Klik pada iklan yang diberi (ada 4-5 iklan sehari)
  • Klik pada button berwarna merah
  • Tab baru akan dipaparkan dan tunggu sehingga komisyen anda dikreditkan (dalam 30 saat)
  • Selesai dan lakukan setiap hari.
Untk mendapatkan komisyen yang lebih tinggi, dapatkan referral yang ramai dan sewa referral. Tetapi jika anda baru bermula, pastikan anda sudah membuat 100 klik pada iklan @ sudah 30 hari anda sertai Neobux. KENAPA??? Sebab Neobux akan memilih mereka yang tidak berputus asa dan minat yang mendalam dalam PTC :)

Jangan cepat mengeluh ok. Program ni percuma so tiada erti kegagalan dan risiko. Luangkan  5 minit jer sehari untuk klik iklan-iklan yang diberi. :) Anda pasti berpuas hati bila anda dapat cashout dan mungkin anda akan lebih minat dengan program-program sebegini.

SELAMAT MENCUBA!!
 Jika anda ingin membuat akaun Pay Pal sila klik DISINI



SPY PEN DVR VIDEO CAMERA

sebatang pen ala james bond yang boleh berfungsi sebagai pen drive dan juga sebagai video camera. new brand dan kurang terdapat di pasaran.
dengan sebatang pen ini, anda boleh menyimpan fail dan merakam apa-apa sahaja yang perlu menggantikan kamera.yang bestnya,mudah dibawa ke

 mana-mana sahaja.

untuk maklumat lanjut boleh layari blog saya di www.ev-trading.blogspot.com 

harga -saiz 4gb = rm150
             saiz 8gb = rm200 


-KAMARUDIN OMAR (W.P Kuala Lumpur)
-012-2974 877 



UPAH HAJI 1MALAYSIA

Anda sedih kerana arwah ahli keluarga anda tidak sempat mengerjakan HAJI ketika hidupnya. Inilah peluang keemasan untuk anda menunaikan hajat mereka. Harga RM1600 beserta umrah!!! Dilaksanakan oleh orang arab di kota Makkah. Sijil dan hadiah dari tanah suci akan menyusul!!!

Berminat Layari www.umrah2u.myportal.my or call 019-2828 062 
 
-Hajah Nur
-Alamat: Jln DM 2/4 Puteri Heights Rawang,Selangor.

Paint Job & Restyling



-Aril Spray
-lokasi klang ,selangor
-anda ingin mengecat kereta anda.sila hubungi saya jika berminat,saya jamin anda akan berpuashati dengan perkhidmatan saya.
-berminat sila hubungi : Aril - 0173090704

RAM 512 DDR2 jenama HP

harga-RM 50 

ram masih berfungsi dgn elok.original hp.512mb 667mhz..ada 2 nak jual dua-dua..nak jual murah ja.sebab nak jual dah upgrade, jd ram nie x guna n mmerlukan duit..harga dah habis murah..pos laju +RM6.00..area sungai petani..apa2 kol @ msj..nasri    nasri: Phone  

Sistem Penjualan Barang Runcit

harga-RM 1 499 

Paket ini termasuk:
1. Perisian Sistem Penjualan Barang Runcit
2. AOC Wide Screen 18.5" LCD
3. Laci Tunai (boleh disambung kepada pencetak resit)
4. Barcode Scanner
5. Komputer CPU
(Apa yang lihat ialah apa yang anda akan dapat kecuali tunai dalam laci tunai)

 Ciri-ciri perisian

- Paparan jualan harian, kiraan tunai masuk

- Diskaun untuk barang tertentu
- Stok masuk/keluar, pengurusan stock
- Laporan – laporan Stok, laporan Untung rugi, laporan Tunai, laporan pekerja, laporan jualan 


Sila Hubungi:
Pedoman Network
2nd Floor - 07 and 08, Pan Palace Plaza
Taman Lip Sin, Penang.
Mobile :
019 - 502 1221 / 04-6446496 (Kent)
012 - 497 6900 (Ben) or ben@pedoman.my

Harga RM1499 adalah harga bersih.
TIADA kos tersembunyi
TIADA Kos Tahunan

MEMORI KAD MURAH!!

-promosi terhebat....
jualan penghabisan stok !!

-kami menjual aksesori telefon seperti memori kad dll barang dengan harga jauh lebih murah dari kedai....

memory card
brand new
jenama dna/sony


*micro sd
1gb-rm26
2gb-rm30
4gb-rm40
8gb-rm60
16gb-rm135
(life time warranty)

*mmc
1gb-rm32
2gb-rm37

*sony -m2
2gb-rm40
4gb-rm55
(5 years warranty)

-sila hubungi: 013-2685226 / 017-3612449 

-EN YAZID (W.P Kuala Lumpur)

Blackberry curve 8320


-saya ada BlackBerry Curve 8320 ingin dijual.
-harga rm500
Used for 2 months only..
Handphone in perfect and excellent condition..
smartphone (EDGE, Wi-Fi)
Phone + Bateri + Charger shj.
color maroon
NO memori kad
NO scratches and looks new..
Urgent sale..

Reason for sale - i need cash
Need to use money urgently..

Lokasi : Sri kembangan, taman equine, serdang, bangi...
 -019 6134702
-Matshah

7 july 2010

Beg Laptop

 -beg lap-top baru untuk di jual.berminat sila hubungi saya . -harga rm50
 -nuar 

 -016 2855126




6 july 2010 

Laptop mini ASUS



 -harga rm650
- Laptop (mini)
- Brand : Asus (Eee PC)
- Warna : Pink+Putih
- Baru je setahun digunakan
- Keadaan laptop baik (tiada calar,tidak pernah rosak)
- Harga yg ditawarkan sgt rendah.
- Berminat sila sms saya Suriati Arif
(0133743110)-URGENT! 

6 july 2010 

Michael Jackson dalam kenangan

santai sekejap lagu michael jackson versi melayu. jangan gelak tau!!!

Piala Bolasepak Dunia di rampas Polis Colombia Kelmarin

                                    Piala Dunia ini dibuat dari kokain seberat 11 kilogram

Replika Piala Dunia ini dibuat dari kokain seberat 11 kilogram. Sebuah replika Piala Dunia yang dibuat dari kokain telah dirampas oleh polis anti dadah di Colombia.

Menurut keterangan pihak polis, piala setinggi 36 centimeter itu ditemui dalam sebuah kotak pengiriman di bandar Bogota.

Kotak itu berada di sebuah stor penjabat pengiriman untuk dikirim ke sebuah alamat di Sepanyol, demikian keterangan ketua anti narkoba Bandar Bagota, Jose Peidrahita.

Hasil uji di makmal menunjukkan bahwa replika Piala Dunia ini dibuat dari bahan kokain seberat 11 kilogram yang dicampur dengan petrol bagi memudahkannya untuk dibentuk menjadi piala.

Menurut pihak berkuasa, piala tersebut ditemukan dalam pemeriksaan harian di Bandar tersebut pada hari Jumat lalu.

Dalam perkembangan lainnya, sebuah kapal selam yang mungkin akan digunakan untuk menyeludupkan bahan-bahan dadah juga ditemukan oleh para petugas.

Menurut pejabat Badan Anti Narkoba Amerika Syarikat, kapal selam asal Ekuador ini boleh membawa beberapa tan kokain, ditemukan di sebuah sungai dekat dengan sempada Colombia.

Kapal sepanjang 31 meter itu yang turut memiliki sistem pendingin dan alat-alat canggih lainnya. Seorang lelaki yg di syaki sudah ditangkap ketika berada di kapal itu

Brazil tewas

saat-saat terindah buat pasukan Belanda ketika menundukkan musuh tradisi mereka pasukan Brazil .
Brazil 1 - Belanda 2


Netherlands 0-1 Brazil

Simão | MySpace Video



Netherlands 1-1 Brazil

Simão | MySpace Video




Netherlands 2-1 Brazil

Simão | MySpace Video

isu kasut CROCS

Design yang menarik, selesa, ringan, serbaguna, warna yang pelbagai menjadikan Crocs menjadi pilihan ramai. 

Baik mereka itu bayi kecil yang baru bertatih berjalan, kanak-kanak yang sedang aktif dalam dunia upin ipinnya, remaja belasan tahun, para belia, bahkan golongan veteran sekalipun mengenakan Crocs.
Namun tidak disedari musibah yang menanti Ummat Islam di sebalik kasut ini..
mari kita baca sampai habis artikel ni untuk tahu kisah selanjutnya :-


Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular kini mendatangkan musibah kepada Umat Islam?
Bukan setahun 2 crocs ini bertapak di bumi Malaysia malah lebih dari itu.
Namun baru kini disedari terdapat kalimah ALLAH, lebih tepat lagi di bahagian kita mengalaskan tapak kaki kita...subhanallah!

Untuk memudahkan imaginasi anda, mari kita berkenalan dengan logo Crocs.
Kita semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi dari Crocodile/ Buaya...
Disebabkan itulah, syarikat ini menjadikan gambar buaya sebagai 'model' mereka.
Maskot ini dihias sebaik mungkin agar kelihatan comel.
Jika anak-anak kecil melihat, sudah pasti menyukainya...
Inilah doktrin minda bawah sedar kepada anak-anak. 

Persoalannya, kenapa dikatakan terdapat kalimah Allah disebalik logo Crocs ini?

Baiklah, sila lihat gambar di bawah :



Bagaimana? Ada sesuatu yang mencurigakan?
Sudah pasti ada yang berkata :
"Ah..ada-ada saja kamu. Tidak ada yang pelik pun kan. Hanya logo buaya yang comel. Tidak lebih dari itu."

 Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola.
Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin, akan tertera perkataan bahasa Arab : La Mecca, La Muhammad.
Apa maksudnya? Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW.

Baiklah, lihat gambar di bawah. Logo Crocs yang saya lampirkan di atas diterbalikkan beberapa darjah :

 Sudah dapat melihat sesuatu? Ya, kali ini pasti kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan? Siap ada sabdu lagi. Lebih jelas lagi, saya lampirkan gambar di bawah, ihsan dari facebook :


Aduh, seperti terkena kejutan elektrik. Adakah semua ini satu kebetulan? Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu akan hal ini? Hanya maskot buaya yang comel, tanpa ada agenda disebaliknya? Bagaimana pendapat anda?

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120

so,camne ni ,kita dah terbeli
ok ikut care2 ni,mybe ley mmbantu...


a) Option yang pertama, hilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau/bakar dgn lighter. Biar ia kelihatan bercalar-balar, kesucian Islam itu perlu dijaga.

b) Jika kita benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan kita sendiri.

c) Jika rakan kita belum maklum, sila maklumkan kepada dia. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.

d) Jika kita mereka masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a) dan pilihan (b).

e) Jika kita berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada semua, saya cukup-cukup mengalu-alukan.


f) Jika kita tidak ambil peduli akan pendedahan ini, sahlah keimanan yang ada di dalam diri bagi seorang muslim telah dicabut oleh Allah. Atau juga kita beranggapan ianya saja diketengahkan bagi mensabotaj Crocs.

g) Jika kita seorang muslim yang beriman, sebarkan artikel ini kepada semua. Baik menggunakan blog kita, akaun facebook kita, akaun twitter, atau lain-lain medium.








sila sebarkan kepada yang masih belum mengetahuinya semoga kita semua beroleh rahmat atas tindakan kita ni.insyaALLAH.

sumber:- http://muslimeen-united.blogspot.com/2010/06/ada-apa-dengan-kasut-crocs.html

Tips mendapat iklan dari Nuffnang

Blog anda tidak memaparkan iklan?
Iklan Nuffnang tidak keluar?

Untuk memastikan iklan keluar, pastikan anda membuat analisis tentang pengiklan Nuffnang. Oleh itu, 'blog walking' juga penting untuk memastikan iklan mana yang keluar di blog orang lain. Tujuannya ialah untuk mengetahui jenis iklan apa yang terdapat di Nuffnang. Kita tidak tahu siapa yang mengiklan dengan Nuffnang.

Setelah kita tahu jenis-jenis pengiklan yang ada, bolehlah membuat entry yang yang berkaitan. Ini kerana iklan yang akan terpapar adalah berkaitan dengan entry blog kita. Contoh pengiklanan yang ada sekarang ialah telekomunikasi, contact lens, kesihatan, pelancongan, laman sosial dan lain-lain lagi. Untuk mendapat iklan-iklan jenis ini, tajuk dan post entry mesti berkaitan dengan jenis-jenis pengiklanan di atas.

Teknik ini sama dengan keyword yang digunakan untuk mendapat bayaran tinggi dari pengiklanan google. Bagi pengiklanan google, webmaster akan mencari keyword yang mahal untuk dijadikan keyword post laman web. Dengan ini, pendapatan yang diterima lebih tinggi.

Selain itu, jumlah pengunjung juga adalah penting kerana lebih ramai pengunjung melawati blog anda, lebih banyak peluang untuk pelawat klik iklan anda. Pastikan iklan ditelakkan di tempat-tempat yang strategik dan mudah dilihat. Harus diingat, aktiviti klik-klik iklan dengan sengaja untuk mendapat pendapatan adalah diharamkan. Klik iklan sepatutnya terjadi apabila pelawat benar-benar tertarik dengan iklan tersebut. Ini demi kebaikkan pihak "advertiser" dan juga "publisher" yang mana kedua-dua pihak menerima faedah bersama.

Didapati juga iklan Nuffnang banyak keluar di waktu malam dan tengah malam. Oleh itu, cuba juga cari topik-topik yang pelawat-pelawat malam suka baca seperti kisah cinta, lawak, tips-tips dan sebagainya. Ini kerana pelawat-pelawat malam pasti akan mencari topik-topik yang menyegarkan untuk waktu malam.

sumber -: http://www.gnesop.com/2010/05/tips-mendapat-iklan-dari-nuffnang.html

Faedah derma darah

  UCAPAN terima kasih sememangnya tidak cukup untuk menghargai jasa penderma darah di negara kita yang sudah menyelamatkan jutaan nyawa penduduk negara ini sama ada dalam keadaan kecemasan (kemalangan, kebakaran) atau melalui pemindahan darah terancang seperti untuk pesakit talassemia, leukemia atau anemia yang teruk.


Setiap kali anda menderma darah, anda akan mengeluarkan sebahagian daripada zat besi dari badan. Ada kajian menunjukkan zat besi berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok).

Secara purata tahap zat besi dalam badan seseorang lelaki ialah kira-kira 1,000 miligram tetapi pada wanita (sebelum menopaus atau putus haid) hanyalah 300 miligram saja. Pengeluaran zat besi pada wanita berlaku ketika haid dan inilah sebabnya wanita muda terlindung daripada sakit jantung. Risiko sakit sama dengan lelaki apabila wanita menopaus kerana zat besi mula terkumpul banyak dalam badan mereka. Selain itu secara psikologi, penderma darah sebenarnya berasa lebih tenang kerana mempunyai tahap kesihatan yang baik. Ujian darah akan dilakukan ke atas semua penderma setiap kali mereka menderma darah; walaupun mereka adalah penderma tetap. Ini adalah langkah untuk memastikan semua darah diderma adalah selamat dan tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan penerima.

Langkah ini juga membolehkan penderma mengetahui tahap kesihatan mereka kerana jika didapati penderma menghidap penyakit tertentu, perkara berkenaan akan dimaklumkan segera supaya mereka boleh mendapatkan rawatan sewajarnya.

*Orang dewasa mempunyai empat hingga lima liter darah.
*Setiap kali menderma jumlah darah diambil hanya 300 hingga 450 mililiter atau hanya lapan peratus darah dikeluarkan dari badan penderma.
*Menderma darah boleh menyihatkan badan kerana badan menghasilkan sel darah baru bagi mengganti darah yang diderma. Secara semula jadi, badan menggantikan semula darah ini dalam masa 72 jam. Sel darah merah mempunyai jangka hayat antara 115 hingga 120 hari dan dalam tempoh ini ia boleh digunakan untuk menyelamatkan banyak nyawa.
*Badan sentiasa menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang mati (musnah) akibat tua (selepas 120 hari). Ini sebabnya penderma hanya dibenarkan menderma darah sekali dalam masa tiga bulan.

Tidak perlu bimbang kemungkinan masalah kekurangan darah kerana ia tidak akan berlaku. Setiap hari badan kita akan menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel yang mati akibat 'tua'. Malah penderma diberikan pil zat besi dan asid filik untuk merangsang badan menghasilkan sel darah baru sebaik selesai menderma darah. Isu keselamatan seperti kemungkinan mendapat penyakit berjangkit juga tidak timbul kerana proses pengambilan darah adalah selamat dan dilakukan dengan berhati-hati. Banyak langkah keselamatan diambil untuk kebaikan anda dan bakal penerima darah. Semua peralatan seperti jarum baru, bersih dan steril akan digunakan bagi setiap penderma dan jarum yang sudah digunakan akan dibuang. Jadi tiada kemungkinan jarum ini terkena penderma lain. Sebelum darah diambil, tekanan darah akan diukur bagi memastikan tekanan darah adalah normal, diikuti ujian pengenalan jenis darah. Sampel sama akan digunakan untuk ujian darah seterusnya. Selepas contoh darah diambil untuk pengenalan jenis dan ujian darah, pegawai perubatan akan memberi kaunseling bagi memastikan anda penderma berisiko rendah. Satu unit darah (antara 300 hingga 450 mililiter) dapat menyelamatkan nyawa mangsa demam denggi, kemalangan (yang kehilangan banyak darah), ibu yang tumpah darah ketika bersalin, pesakit talassemia, anemia, leukemia dan haemofilia, mangsa kebakaran serta bayi yang perlu menjalani pertukaran darah. Apabila anda menderma darah, tidak perlu fikir siapa penerimanya atau bagaimana ia akan digunakan. Setiap hari ada saja orang memerlukan darah untuk menyambung hidup.
*Darah yang diderma boleh disimpan selama 42 hari dalam peti dingin beku sebelum diberikan kepada golongan yang memerlukan.


Darah yang diderma dibahagi mengikut komponennya iaitu sel darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, Faktor VIII dan IX - semuanya ada kegunaan tersendiri. Sel darah merah digunakan untuk merawat pesakit talassemia, leukemia, orang yang kehilangan darah (mangsa kemalangan, kebakaran, pembedahan) dan kekurangan darah (anemia). Manakala produk darah seperti plasma beku segar dan Faktor VIII serta IX untuk pesakit haemofilia.


selamat menderma darah semua.derma darah dapat menyelamatkan nyawa.

Turki larang pesawat Israel guna ruang udara

aku rasa berita ni la yang di tunggu2 oleh kita semua umat islam seluruh dunia.AL-HAMDULILLAH,Turki dah mula buat sekatan udara kat Israel.padan muka LAKNATULLAH tu,ini sebagai permulaan bagi semua pemimpin2 dunia untuk buka mata dan telinga, harap ada lagi langkah drastik bagi membendung kezaliman israel ni,aku harap lepas ni Malaysia pulak buat sekatan udara dan pelabuhan .insyaALLAH.


ANKARA: Turki semalam melarang tentera Israel menggunakan ruang udara negaranya selepas kejadian kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang komando negara itu yang mengorbankan sembilan orang, bulan lalu.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan selepas wujud tekanan supaya kedua-dua negara melihat semula hubungan yang pernah terjalin sebelum ini.


Dalam serangan komando Israel ke atas kapal misi Gaza itu, lapan yang maut adalah warga Turki dan seorang lagi memiliki dua kerakyatan iaitu Turki dan Amerika Syarikat.

mereka (Israel) memohon keizinan Poland untuk menggunakan ruang udaranya pada hari pertama selepas kejadian serangan 31 Mei lalu.
"Bagaimanapun, mereka (Israel) tidak diberi kebenaran," kata Erdogan kepada pemberita selepas pulang daripada menghadiri Sidang Kemuncak G-20 di Kanada.

Sementara itu, agensi berita The Anatolia yang memetik Erdogan di Toronto selepas tamat sidang kemuncak itu bahawa negaranya sudah menutup ruang udaranya kepada Israel. - AFP

sumber berita harian online.

bagi sikit komen kat bawah ni atas perkara ni.apa pendapat korang semua....

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?

Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.


Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan
pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat
membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan
untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.



Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.



Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
  • Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.
  • Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab
  • Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.
  • Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.
  • Jika anda merokok, walaupun tak kuat, ambil lebih vitamin dan mineral terutamanya vitamin C.

Bahaya Radiasi Telefon Bimbit

Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.

-Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet).
-Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak.
-Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.

Soalan-soalan Lazim:

Apakah itu E.M.R?
E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi.

Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?
Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.
  
Adakah telefon bimbit membahayakan?
Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.

Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah  16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'
Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'
Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
(Sumber dari BBC News)



Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik
Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.
(Sumber dari CNN, Dis 2008)



Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan
Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
(Sumber dari 'The Total Sweden News in English')



Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda
Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
(Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)


Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak
Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.
(Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden | Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)


Lindungi Kesihatan Diri dan Insan Tersayang Anda

Kini, terdapat alat teknologi canggih dari Jepun yang dicipta daripada bahan seramik yang berupaya mengeluarkan Tenaga Skalar, Sinaran Inframerah dan Ion Negatif yang boleh menghapus dan meneutralkan kesan buruk gelombang elektromagnet bagi melindungi anda dan keluarga tersayang daripada ancaman sinaran telefon bimbit.

aku rasa korang boleh beli barang tu kat sini.ok ke tak ,cubalah dulu.


 

Jangan pandang remeh sakit perut

TAHUKAH anda sakit perut yang berpanjangan boleh membawa maut sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan segera? Selalunya, masyarakat hari ini beranggapan mereka menghadapi keracunan makanan atau tersalah makan sekiranya mengalami sakit perut.


Sedangkan antara tanda-tanda keracunan makanan ini ialah ia hanya akan muncul dalam masa dua hingga 24 jam selepas makan.

Ia juga bergantung kepada tahap keracunan dan mereka yang mengalaminya mungkin juga akan mengalami demam dan seram sejuk, najis berdarah serta penyahhidratan.

Keracunan makanan berlaku apabila keradangan perut atau usus yang disebabkan oleh pengambilan makanan tercemar.

Menurut Pakar Perubatan dan Gastroenterologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, kesakitan pada bahagian perut atau abdomen boleh berpunca daripada pelbagai keadaan yang memberi kesan kepada pelbagai organ.

Bahagian abdomen adalah terdiri daripada bahagian bawah tulang rusuk, tulang pelvik ke bawah serta kedua-dua sisi badan.

Biarpun kesakitan pada bahagian abdomen boleh datang daripada tisu di dinding yang mengelilingi rongga abdomen, sakit di bahagian ini selalunya digunakan untuk menerangkan kesakitan yang berasal dari dalam rongga abdomen.

*‘‘Sekiranya tersalah makan, biasanya anda akan alami cirit-birit atau sakit perut pada awal pagi, sekitar pukul 3 atau 4 dan ia mengambil masa lapan jam selepas makan untuk mengalami tanda-tanda tersebut.

*‘‘Kebiasaannya anda tidak akan terus mendapat cirit-birit kerana jenis bakteria dan virus yang ada boleh menyebabkan kita muntah-muntah dahulu, iaitu kurang daripada dua hingga tiga jam selepas makan.

*‘‘Sekiranya anda keracunan makanan, ia akan mengambil satu hingga dua hari untuk baik tetapi kalau ia berpanjangan dan melebihi satu hingga dua minggu, kita kena buat siasatan dan tengok kenapa ada masalah cirit-birit yang berpanjangan,’’ ujarnya ketika ditemui di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Tambah beliau, sekiranya jangkitan ataupun kesakitan masih belum reda ia pasti mempunyai masalah lain seperti sama ada disebabkan oleh masalah metabolik yang menyebabkan cirit-birit, mahupun masalah penyakit radang usus yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit yang berpanjangan disertai pendarahan ataupun kuman di usus oleh parasit seperti ameba yang boleh menyebabkan masalah cirit-birit serta kejadian nanah di hati.

Jelas beliau lagi, bagi penyakit gastrik pula, sekiranya ia merupakan ulser yang memudaratkan, ia perlu dibedah segera.

Pesakit juga dinasihatkan menjalani pemeriksaan endoskopi (OGDS) ataupun pemeriksaan segera jika keadaan dilihat membahayakan kesihatan dan nyawa.
Beliau turut memaklumkan kemungkinan berlakunya gastrik (dispepsia) dengan ulser atau tanpa ulser, mahupun kanser yang berpunca dari aktiviti bakteria helicobacter pylori yang berada di dalam perut dalam jangka masa yang lama, tanpa disedari.

‘‘Jangan ambil mudah terhadap gastrik kerana gastrik juga boleh memudaratkan dan juga boleh membawa maut,’’ katanya.

Untuk itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menganggap sakit perut satu penyakit yang remeh dan diminta berjumpa dengan doktor pada kadar yang segera.
Menurut Dr. Abdul Malik lagi, sekiranya sakit perut yang dihadapi tidak beransur pulih, eloklah sekiranya dirujuk kepada pakar bedah untuk langkah seterusnya.

‘‘Kesakitan pada bahagian abdomen yang kerap mestilah dirujuk kepada pakar perubatan. Ini membolehkan doktor membuat pemeriksaan ke atas perut dan tempat-tempat yang berkenaan untuk mengenal pasti punca serta jenis penyakit yang dihadapi.

‘‘Perlu diingatkan, banyak perkara boleh menyebabkan sakit perut ini termasuklah nanah di dalam perut,’’ tambah beliau.

Anda juga dinasihatkan agar mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat, diet yang berkhasiat serta makanan yang seimbang yang boleh membantu mencegah atau mengurangkan keasidan gastrik, sembelit serta masalah penghadaman lain.

Ini sekali gus memelihara perut anda daripada terkena pelbagai jangkitan kuman serta virus yang tidak diingini.

MAKAN TAPI KEKAL LANGSING

Bagaimana dengan makan kita boleh terus kekal langsing ?
Ikuti tip-tip di bawah:-

1-Makan dengan kerap. 
-Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak nanti.awas yer.

2-Rendah kalori, rendah lemak. 
-Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

3.Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan. 
-Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

4.Waktu terbaik untuk minum air. 
-Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :-

*Pagi selepas bangun dari tidur.
-Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein untuk memulakan hari.

*30 minit sebelum waktu makan.
-Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

*Sepanjang hari.
-Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) sekurang-kurangnya 240 ml air setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

ok,aku harap korang dapatlah menjaga kesihatan sewajarnya.ingat!!waktu sihat sebelum sakit.selamat beramal.


 

Saat Paling melucukan.

jom tengok.tak nak tengok korang kena tengok gak..detik2 melucukan.senyum sikit la geng jangan muka ketat pulak .ha macam tu la.baru la hensem / cun...





Limousine collection

KERETA KEGEMARAN MAK AKU.
*sapa yang tak tau tentang kereta limusin ni,aku rasa semua dah tau.limusin ni adalah salah satu kereta paling  mewah yang ada kat pasaran.

*biasanya digunakan  oleh ahli-ahli perniagaan ataupun untuk membawa pengantin bagi golongan atasan,orang2 kaya la kan.kalau mcm aku ni naik kereta kancil pun dah kira ok dah.

*aku memang minat dengan kereta-kereta limusin ni.cuma tak mampu nak beli,apa boleh buat.dapat tengok gambar pun dah syukur la tu.korang tengok sendiri la ruang dalam nya ,memang cukup-cukup mewah.kalau masuk confirm tak nak keluar punya.


ni pulak antara koleksi-koleksi limusin yang ada.pilihlah korang nak yang jenis mana.lepas tu beli kat kedai mamak tempat korang....






kereta untuk di pandu uji

Kereta Polis Italy -Lamborghini Gallardo
kereta ni berharga lebih kurang usd $180,000 - $210,000.bagi aku kereta ni agak mahal kalau nak di guna pakai kat sini...bukan apa korang tengok je la gambar ni.

                          1-suka nampak ,baru dapat kereta mahal,tak sabar nak menggayakan la tu.

          2-memang bergaya la ,kalau polis guna kereta ni .dah rasa macam kereta sendiri.lupa diri la pulak.

                                                3-sisi tepi belakang lagi cun.sporty.

                                        4-ruang dalam,nampak macam biasa.

                     5-so,masa nya untuk test drive, On your mark! Get Ready, Set , Go!


                                          6-vroooommmmmmm  vrooommmmmmmmm

                               7-awasssssss,kelajuan overdosss

8-kan aku dah cakap,over xcited bawak kereta baru.kan dah berlaga.tak pasal-pasal mpv tu naik atas.baik punya cilok..


          9-agaknya apa la yang dikutip dengan polis tu yer...cari duit syiling kot




 kesimpulannya ,jangan memandu terlalu laju,kalau nak cilok tu cari la tempat yg sesuai macam kat padang sekolah ke,kandang kuda ker,dan banyak lagi tempat nak uji kelajuan ni.selamat memandu.
Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget